5 Sebab Kenapa Banyak Berminat Menggunakan iPhone – Seperti yang sudah di sediakan, minggu ini Apple akan melancarkan tiga iPhone baru.Ialah iPhone XC/XR, iPhone Xs dan iPhone Xs Max. Jadi, pada tahun 2018 ini percaya atau tidak iPhone nerupakan perangkat pintar yang patut Kamu miliki. Ini ada beberapa sebab kenapa iPhone lebih baik dari perangkat Android.

1. Kemaskini iOS

Apple sehingga hari ini, tidak melupakan perangkat generasi lama mereka. Bayangkan, iPhone 5S yang di lancarkan pada tahun 2013 sehingga hari tersebut masih menerima kemaskini iOS 12. Ini bermakna, Apple masih memberi kemaskini iOS walaupun perangkat generasi lama mereka sudah berusia lima tahun. perangkat Android pula, hanya berjumlah tiga tahun.

2. Ekosistem iOS

Kebanyakan pemakai produk Apple, pasti akan mempunyai sekurang-kurangnya dua produk mereka. Seperti iPhone dan iPad, iPhone dan Macbook atau kesemuanya sekali. Ekosistem iOS tersebut sangat baik, sehinggakan pengguna boleh menjawab panggilan telefon dan membalas SMS dari iPhone secara terus dalam Macbook atau iPad. Kemudian, tidak lupa juga dengan pembesar suara Apple Homepod.

3. Kawalan Gesture

Baca juga : Daftar HP Android dan iPhone Di blokir WhatsApp Mulai Bulan Ini

Kawalan gesture mula di perkenalkan pada iPhone X. Jika Apple tidak mengimplementasikan kawalan tersebut, pasti tiada perangkat Android yang bisa mengikut jejak langkah Apple. Kawalan gesture iPhone X tidak di nafikan merupakan antara yang terbaik. Ia sangat lancar, animasinya cantik dan juga mudah digunakan. Jika pada perangkat Android, kawalan gesturenya merupakan bergantung kepada pengeluar perangkat dan ia berbeza.

4. Terbitan Media Sosial

Jika Kamu yang tidak tahu, Instagram pada awalnya merupakan aplikasi media sosial yang khusus di bangunkan untuk pengguna iPhone. Hasil gambar yang di muat naik ke Instagram dari iPhone lebih cantik dari Android. Lebih-lebih lagi hasil video yang di muat naik. Hasil video dari iPhone generasi lama lebih cantik berbanding perangkat mercu Android jika di muat naik pada Instagram Stories atau Instagram Live.

5. Screen Time

Pada iOS 12, Apple memperkenalkan fungsi Screen Time. Screen Time merupakan satu fungsi yang boleh di katakan sangat sama dengan Digital Wellbeing yang hadir pada Android 9.0 Pie. Cuma kali ini, Apple yang mulakan dahulu. Melalui Screen Time, pengguna boleh melihat berapa jam telah mereka habiskan masa pada sesuatu aplikasi. Seterusnya, Screen Time turut boleh di selarikan dengan tetapan ‘Do Not Disturb‘ agar ia tidak mengganggu pengguna pada waktu tidur.